Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Demi tuhan yang menjadikan makhluk sekalian alam, aku berlindung daripada segala tindakan mazmumah dan mengharapkan terjadinya perilaku mahmudah dalam diri. Segala yang berlaku disebalik cerita pasti mempunyai hikmah tersendiri. Hidup, mati, miskin, kaya, senang, susah...tuhan telah meletakkan suatu takdir bahawasanya Dia akan senantiasa menduga hamba-hambaNya dengan pelbagai dugaan agar hanbaNya tidak sesat dalam mencari perjalanan cinta tuhan. Sekali lagi spekulasi yang bermain difikiran ini sering kali menyalah ertikan maksud tuhan dalam menyayangi hanbaNya.
Anis : Kenapa ending Anis perlu begini Jaja???
Jaja : Entahlah...sabar ye...
Dugaan ape sekali pun tuhan yang kau berikan, aku berjanji aku akan senantiasa meletakkan sepenuh Keredhaan ku, Kepercayaanku dan Keikhlasanku semata-mata hanya untukMu. Aku meletakkan segala takdirku, perjalanan hidupku hanya didalam tanganMu. Aku tahu kau Maha Mengetahui dari segala-galanya. Aku mengharapkan secebis pengharapan daripada segala-gala yang berlaku moga dikemudian hari hidupku lebih tenang dalam mencari erti cintaMu.
.Bila Tuhan Berbicara. Dia akan terus berbicara tanpa melontarkan sebarang ucapan melalui nikmat yang diberikan. Nikmat yang selama ini telah dirasai boleh direntap sekaligus dengan kuasa Dia Yg Esa. Mungkin kita terleka dan tersasar jauh hinggakan kita tidak pernah mensyukuri nikmat dan tidak pernah ingat untuk menadah tangan dan mengungkapkan doa-doa serta puji-pujian terhadapnya. Allah Maha Esa, Dia Maha Berkuasa.
Sekali tersungkur pandanganku kabur, namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur. Berikan aku kekuatan tuhan, permudahkan segala urusanku tuhan, sayangi insan-insan yang bakal aku tinggalkan tuhan seperti sayangnya aku pada mereka. Lindungi mereka tuhan dari tercemarnya permainan kotor duniawi. Sesungguhnya hanya Engkau tempatku mengadu nasib.Tuhan, jauhkan segala fitnah yang melanda diriku.Biar mereka berkata, asal hati ini tidak membenci. Sucikan hati ini dari segala noda tuhan.
Ya Allah Ya Tuhanku yang merubah kalbu, tetapkanlah hatiku. Moga sentiasa dalam agamaMu jua taat akan perintahmu.

Post a Comment